Pemeliharaan kambing telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dahulu (7000-6000 s.m). Kemungkinan besar kambing adalah ternakan yang mula-mula sekali dijinak dan dipelihara untuk penghasilan daging, susu dan kulit. Walaupun kambing telah lama dipelihara oleh penternak di negara kita, perusahaan ini dikendalikan secara kecil-kecilan sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, sebagai satu hobi dan juga untuk sumber protein haiwan bagi keperluan keluarga. Sifatnya yang suka merayau dan memilih makanan, terutamanya pucuk-pucuk tumbuhan boleh menentukan ianya memperolehi zat makanan yang cukup. Industri yang ada sekarang dapat menyumbangkan di antara 12%-15% keperluan negara di bidang daging kambing atau bebiri. Lebih dari 95% kambing dan bebiri dipelihara untuk tujuan pengeluaran daging, sementara bakinya adalah untuk pengeluaran susu.
TUJUAN PEMELIHARAAN
Pemeliharaan kambing boleh mendatangkan dua hasil utama, iaitu daging dan susu. Ternakan untuk susu dapat digunakan sebagai pengeluar dging apabila susunya berkurang. Blog ini akan menerangkan secara ringkas tentang keperluan-keperluan asas dalam pemeliharaan kambing untuk pengeluaran daging.
BAKA-BAKA KAMBING
Baka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badang yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu.
Susu kambing didapati mempunyai mutu yang lebih baik berbanding dengan susu lembu dan manusia, terutama dari kandungan proteindan lemaknya.
Berikut ini dipaparkan Jadual mengenai kandungan susu kambing berbanding dengan susu lembu dan manusia:
Di antara baka-baka daging yang boleh digunakan untuk pemeliharaan:
1. Kambing Kacang (Katjang)
Kambing kacang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia ianya digunakanuntuk keuaran daging.
Kambing jenis ini mempunyai badan yang kecil dan pendek dan tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang.telinganya tegak ke sisi. Terdapat janggut pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus tirus.
Leher adalah pendek dan bahagian belakang adalah lebih tinggi dari bahu, purata ketinggiannya ialah 5-60 s.m. Kulit badan nipis tetapi mempunyai bulu yang kasar. warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan. Kelahiran kembar adalah salah satu ciri-ciri kambing ini yang baik. Pengeluaran susu adalah sedikit, tidak lebih dari 0.3kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2kg dalam masa 4-6 bulan.
Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan: 1.6kg Jantan: 25-30kg
Betina: 1.8kg Betina: 20-25kg
2. Jamnapari/ Ettawah
Kambing jenis jamnapari berasal dari India. Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukan dengan kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna). Pandangan dari sisi menunjukan muka yang cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.
Badan adalah lebih besar dan tinggi dari kambing kacang dang terdapat tanduk yang melentur ke atas dankebelakang, bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya aga kusut dan berwarna campuran hitam dan kekuningan.
Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan: 3-4kg Jantan: 68-91kg
Betina: 3-4kg Betina: 38-63kg
Kambing jenis ini telahpun digunakan secara meluas di Malaysia bagi memperbaiki mutu kambing tempatan.
3. Anglo Nubian
Baka anglo nubian mempunyai sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka jamnapari dari India. Kambing ini disifatkan sebagai tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Selain dari pengeluaran daging, baka ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran susu (dwiguna). Kambing jenis ini berbadan besar dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah. Hidun kambing jenis ini melengkung ke bawah dan mempunyai kaki yang panjang dengan purata ketinggian 80s.m. Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai tanduk tetapi mempunyai bulu badan yang pendek. warna bulu ialah coklat kemerahantompo-tompokkemerahan seperti warna rusa, contoh putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.
Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan: 3.5kg Jantan: 70-85kg
Betina: 3.9kg Betina: 55-70kg
Pengeluaran susu adalah menggalakan dan ianya boleh mengeluarkan 2 kg susu satu hari dan 250-300 kg bagi satu laktasi.
4. Kambing kacukan
Kambing kacukan adalah hasil dari perkahwinan kambing kacang dan baka-baka luar negeri seperti Anglo Nubian Jamnapari dan juga kacukan dengan baka-baka yang boleh mengeluarkan susu seperti Saanen, Toggenburg dan British Alpine. Kebanyakan kambing yang dipelihara di kampung-kampung adalah kambing kacukan, cua 40% dari jumlah kambing di negara ini adalah kambing kacang.
Rupa bentuk biasanya menunjukanmirip kedua induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri sendiri. kambing jenis kacukan ini juga boleh meningkatkan berat badan sebanyak 18-25 kg dalam lingkungan umru setahu. kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang lebih tinggi dari kambing kacang. Purata berat badan ketika lahir adalah lebih kurang 2-2.5 kg seekor.
5. Kambing Saanen
Kambing ini berasal dari Lmbah Saanen di Switzerland. buluna pendek bewarna putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu. Hidungnya lurus dan muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke hadapa. Ekornya tipis danpendek.
Tanduk didapati pada kedua-dua jantina Kekacang di leherboleh dilihat pada baka ini. Penghasilan susunya berbeza di antara 500 kg dan 1200 kg dalam tempoh 250 hari, (purata 800 kg).
Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan: 3.0kg Jantan: 69-91kg
Betina: 3.3kg Betina: 36-63kg
CARA PEMILIHAN BAKA DAN KETURUNAN
RINGKASAN
Industri ternakankambing di Malaysia bertujuan untuk mengahsikan susu dan daging. baka-baka kambing yang dapat mengeluarkan susu dandaging yang baik diimportdari luar negara seperti Jamnapari, Saanen, Anglo Nubian dan Toggenburg, untuk disilangbiakan dengan baka tempatan. Hasilnya kita memperolehi anak kambing yang cepat membesar, tahan pada cuaca dan banyak mengeluarkan susu.
PEMILIHAN BAKA YANG BAIK
Oleh kerana tujuan kita memelihara kambing adalah untuk mendapatkan hasil yang lumayan maka perlulah kita memelihara kambing dan baka-baka yang baik. Kita perlu memilih kambing yang mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki. Adalah dimaklumkan bahawa kambing tidak akan mempunyai kesemua sifat-sifat ini tetapi apabila memilih hendaklah dipastikan yang kambing itu mempunyai seberapa banyak yang boleh sifat-sifat yang dikehendaki.
Pemilihan baka boleh dibuat berasakan beberapa ukuran seperti;
- Baka dan keturunan
- Bentuk badan atau konformasi; teknik pengamatan, teknik perabaan dan teknik bedasarkan penilaian (pemberian markah)
CARA PEMILIHAN BAKA DAN KETURUNAN
Pemilihan cara baka dan keturunanini memerlukan catatan rekod mengenai prestasi induk kambing tersebut. Pemilihan cara begini adalah sukar kerana kebiasaan catatan tidak dibuat dengan sepenuhnya.
Di antara butiran yang perlu di dalam pemilihan cara begitu adalah;
- Berat ssemasa dilahirkan adalah tinggi
- Kenaikan berat badan yang cepat
- Keluaran susu yang banyak
- Jarak kelahiran yang rapat
CARA PEMBIAKAN
KAEDAH
1. Pembiakan boleh diadakan dengan dua cara iaitu :
- membiak dengan menggunakan baka jantan
- membiak melalui permainan beradas
Di antara kebaikan yang boleh didapati melaui permainan beradas adalah :
- dapat mengawal penyakit kelamin pada ternakan
- kegunaan sepenuhnya baka-baka terpilih
- air mani dari baka yang baik boleh disimpan dan digunakan walaupun baka tersebut telah mati
- mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung dalam pemeliharaan baka-baka jantan
2. Disamping kebaikan dalam menjalankan pembiakan melalui permanian beradas, kesulitan yang mungkin timbul adalah :
- penentuan biang dan waktu permainan
- menentukan teknik-teknik semasa menyuntik air mani adalah betul
- boleh menyebabkan kerosakan pada alat peranakan jika teknik diakukan tidak betul atau kasar
Buat masa ini pembiakan dengan menggunakan baka adalah disyorkan kerna permanian beradas bagi ternakan kambing masih belum digunakan secara meluas
UMUR DAN BERAT BADAN UNTUK MULA MEMBIAK
Kambing akan mula membiak apabila menggunakan mencapai umur sembilan bulan. Namun begitu, pada umur ini, perkahwinn adalah tidak disyorkan kerana terlalu muda. Besar kemungkinan ianya tidak akan menghasilkan anak yang baik. Anak-anaknya nanti kebiasaannya kecil dan bantut . Umur yang biasa digunakan untuk membiak adalah di dalam lingkungan 1 tahun - 1 1/2 tahun di mana berat badan adalah di dalam lingkungan 20 - 25 kg. Pemberian makanan mempengaruhi tahap umur kematangan.
PENGENALAN BERAHI
Berahi menunjukkanbetina sudah matang dan boleh dikahwinkan.
tanda-tanda berahi :
- tidak tenang (gelisah)
- mengibas-ngibaskan ekor dan menggosok-gosok badan ke kandang
- mengembek terus menerus
- sering kencing
- kemaluan membengkak/keluar lendir kemerahan
Lama masa berahi 12-48 jam dengan siklus(edaran) berahi 18-24 hari, puratanya 20 hari
LILITAN DADA BAGI MENTAKSIR BERAT KAMBING
Kadang-kadang kita terpaksa menganggarkan berat badan kambing misalnya jika memberi ubat cacing, sukatan antibiotik yang perlu digunakan ataupun untuk mengetahui kambing itu telah boleh dikahwinkan atau tidak.
Salah satu cara bagi mengetahui berat badan kambing ialah dengan mengukur lilitan dada dengan menggunakan tali tape.
JANGKA MASA BUNTING
Tempoh kebuntingan kambing adalah selama antara 145 - 155 hari atau puratanya 151 hari. Mengikut perkiraan kasar, tarikh kelahiran anak-anak kambing dapat ditentukan dengan menggunakan carta di bawah ini :
Carta ini dibuat berdasarkan waktu bunting selama 150 hari (purata)
JARAK KELAHIRAN
Jarak kelahiran yang biasa didapati pada kambing-kambing di Malaysia adalah selama di antara 207 - 259 hari. Dengan kadar kelahiran kembar sebanyak 50% adalah dijangka purata anak yang boleh diperolehi dalam setahun ialah 1.3 atau 1.5 ekor untuk seekor ibu.
Makanan adalah perkara yang paling penting dalam pemeliharaan. Makanan diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, kesihatan dan juga akan menentukan untung ruginya sesuatu perusahaan ternakan. Makanan hijauan mempunyai kandungan air yang tinggi, ia merupakan sumber tenaga, vitamin dan mineral. Konsentrat mempunyai kandungan bahan kering yang tinggi, ia kaya dengan protein, lemak, mineral dan menjadi sumber tenaga.
Makanan yang seimbang mengandungi zat-zat berikut :
- protein
- karbohidrat (kanji)
- lemak
- vitamin
- zat galian
No comments:
Post a Comment